Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Jeram Tengkek- batu
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Jeram Tengkek batu



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 23-Jul-2005 00:00
Menikmati keindahan flora dan fauna di Jeram Tengkek
Jeram Tengkek ialah kawasan rekreasi air terjun dalam Daerah Kuala Pilah. Mengikut cerita nenek moyang kami, kawasan ini adalah perkampungan Bunian. Ada jalinan komunikasi tradisi antara masyarakat kampung nyata ( Kg Tengkek) dengan orang Bunian ini. Mereka saling berhubungan ketika orang kampung ingin membuat kenduri kendara. Apabila mereka ingin meminjam pinggan mangkok dari orang bunian, maka adalah pawang yang membakar kemenyan untuk berinteraksi dengan orang halus itu. Kemudian, anak pinak mereka akan menjemput alatan tersebut di jeram. Nak jadikan cerita, orang kampung dah mungkir janji iaitu pinggan mangkok yang terpecah tak dikembalikan atau mereka diganti yang lain. Orang bunian ni pegang pada janji dan orang melayu pulak terkenal selalu mungkir janji, maklumlah janji melayu. Sebab dah banyak buat kelentong maka mereka pun merajuklah.

Cerita ni mungkin macam dongeng tapi emak aku ( masih hidup) ingat lagi dia orang pergi ambil benda alah tu kat jeram ( tahun 1930an). Ipar aku yang pernah tinggal kat Terachi pun pernah cerita kisah pinjam pinggan mangkok dari Bunian Ulu Bendul. Ulu Bendul itu kawasan rekreasi tepi jalan besar ke Seremban. Mungkin ada masyarakat melayu kawasan lain juga pernah mengalami kisah pelik ini. Dulu-dulu masa aku kecik ( tahun 60an) kita orang bebudak sekolah akan berduyun-duyun ke jeram masa mandi safar ( khurafat ). Adalah saudara aku yang disesatkan orang halus masa tu, hebohlah sekampung mencari budak tu. Kat jeram tu ada telapak kaki atas batu dan ada batu besar atas tungku- atas kawasan air terjun. Orang kata kat situlah keras sikit. Aku pernah sekali panjat batu kat air terjun tiba-tiba jatuh, nasib baik ada bapak saudaraku kat bawah- dia sambar dan peluk aku. Habis dada aku calar balar.

Sekarang ini, kawasan ini dah dimajukan. Ada surau, chalet dan tandas awam. Tapi malangnya tandas selalu dikunci sebab ramai sangat penyanggak hidup merosakkan harta benda awam. Air sungai pun dah tak bersih sebab ada pembalakan di kawasan hulu ( kerja orang politik-UMNO). Lebih menyakitkan hati bila ada bebudak nakal suku orang asli melilau kat situ dan mengganggu anak-bini orang bersantai. Betul mereka tak kacau tapi perangai mereka cukup menyakitkan hati. Silap haribulan melayang beluti atas kepala dia orang. Kita harap sangat pihak berwajib memantau perkara ini dan memastikan kawasan ini benar-benar menarik untuk dikunjungi. Walau bagaimanapun, keindahan jeram Tengkek ini memang meninggalkan nastolgia bagi pengunjung.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016